|
| |
KCC ENROLMENT TERMS & CONDITIONS |
|
| UNTUK KURSUS SAMBILAN DAN PENUH MASA |
| |
| English Version | Bahasa Malaysia Version |
| |
| YURAN |
| |
- Yuran yang dikenalkan adalah mengikut SESUATU KURSUS TERTENTU dan seseorang penuntut itu adalah tertakluk kepada pembayaran yuran yang penuh sama ada dia menamatkan kursus itu atau tidak.
- Ansuran yuran bimbingan boleh dibayar pada hari pertama bagi sesuatu bulan dan bagaimana juapun mestilah dijelaskan pada tiap-tiap 5 haribulan.
- Jumlah wang yang sama dengan yuran bulanan akan dipungut bersama-sama dengan yuran pendaftaran.
- Satu resit rasmi akan dikeluarkan pada waktu penerimaan yuran. Kiranya tiada, sila semak di Pejabat Maktab.
- Yuran pendaftaran tidak boleh dipindah / dikembalikan dalam apa-apa keadaan sekalipun.
|
| |
| KUASA MAKTAB KCC |
| |
- Maktab ini mempunya kuasa untuk menahan kemasukan semua peperiksaan, sijil-sijil dan sebagainya bagi penuntut yang belum menjelaskan yurannya.
|
| |
| PENGISYTIHARAN PEMOHON |
| |
- Dengan ini saya mengaku bahawa keterangan-keterangan yang saya beri di atas itu adalah benar dan betul.
- Saya berjanji akan mematuhi undang-undang dan peraturan-peratuhan Maktab yang salinannya telah saya baca dengan teliti.
- Sesungguhnya saya sedar bahawa saya berkemungkinan besar diberhentikan serta-merta atas kelakunan buruk melanggar undang-undang dan peraturan-peraturan Maktab.
- Saya tidak berhak menuntuk balik sebarang yuran sama ada saya menamatkan kursus itu atau tidak, atau atas apa jua sebab sekalipun.
- Sesungguhnya saya juga sedar bahawa kiranya saya menggangu sebarang penghawa dingin, talian elektrik, suis-suis lampu, kipas atau sebarang perkakas elektrik di dalam bangunan Maktab, maka saya melakunya atas bahaya dan risiko saya sendiri dan Maktab tidak akan bertanggungjawab kiranya saya cedera atau mati.
|
| |
| |
| |
| PENGISYTIHARAN IBU-BAPA / PENJAGA |
| |
| Dengan ini saya memberi jaminan bahawa saya sesungguhnya bertanggungjawab atas kelakuan si pemohon dan ke atas semua yuran ba;yaran-bayaran lain yang harus dijelaskan kepada Maktab. |
| |
| |
| Peringatan: Dua keping gambar berukuran paspot dan wang pendaftaran hendaklah dilampirkan bersama. |
| |
| |
| |
| |
| |
|
Copyright © Kinabalu Commercial College 2010. All rights reserved. |
|