Dengan memiliki Certificate in Company Secretaryship ini anda berpeluang memohon kepada SSM untuk menjadi Setiausaha Berlesen. Anda akan dijemput untuk menghadiri temuduga di SSM dan sekiranya anda berjaya, anda akan memperolehi status Setiausaha Berlesen.
Sebagai Setiausaha Berlesen, anda boleh menguruskan firma setiausaha syarikat atau menjadi pegawai syarikat di organisasi korporat.
Terdapat 450,000 syarikat yang berdaftar di Malaysia, semua memerlukan khidmat Setiausaha Berlesen. Namun hanya terdapat 16,000 setiausaha syarikat, di mana 8,000 berdaftar dan 12% adalah Bumiputera.
MACS dan SSM bergandingan mengambil langkah untuk meningkatkan bilangan Setiausaha Berlesen Bumiputera kepada 30% menjelang tahun 2002. Dengan itu, mereka menyokong kursus khas ini yang diasaskan oleh Institut Usahawan Bumiputera (di bawah naungan MARA), sebuah instituti latihan keusahawanan yang dikenali ramai. Kursus ini juga ditawarkan oleh IUB, sebuah institusi latihan keusahawanan yang dikenali ramai. |
Sebagai Setiausaha Berlesen, anda boleh memohon kepada MACS untuk menjadi Associate Member di mana anda dibenarkan menggunakan darjah profesional- AMCCS di sebelah nama anda.
Anda juga dikecualikan daripada mengambil Peringkat Foundation dan Diploma untuk peperiksaan MACS, dan terus ke peringkat akhir dengan mengambil 4 subjek sahaja. Lulus, anda boleh terus memohon keahlian penuh MACS-MCCS.
Prospek lain,dengan lulus Setiausaha Berlesen, anda boleh memohon terus ke Advance Diploma in Business & Mangement anjuran University of Licolnshire & Humberside, UK yang dijalankan di IUB dengan kerjasama TLMC.
Mereka yang telah lulus peringkat akhir MACS atau Advance Diploma tersebut boleh memohon terus ke tahun akhir University of LIncolnshire and Humberside, UK ijazah BBA yang ditawarkan di TLMC. |